|
Saturday, May 23, 2009 @ 9:28 PM
ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
Aku memandang kipas angin di dinding yang sedang berputar-putar, seperti fikiranku yang berkecamuk. Mataku pedih, entah mengapa pun aku tidak tahu. Mungkin kerana kekurangan tidur yang aku alami sejak kebelakangan ini. Aku mengeluh dan menarik selimut ke dadaku. Rasa sejuk pula walaupun dahiku dibasahi dengan keringat. Beginilah keadaanku sejak beberapa minggu ini. Selera untuk makan hilang dan kadang-kala akan terasa duniaku berpusing seperti kipas di dindingku ini. Telefon bimbitku berbunyi. Dengan tangan yang menggeletar, aku mencapai telefonku yang terletak di meja bersebelahan dengan katil.
"Yo, brudder? Amacam malam ni kita members pergi pancing?" aku membaca SMS itu. Aku tersenyum kecil walaupun tenaga badanku seolah-olah telah hapus. Aku tahu maksud "pancing" yang kawanku katakan itu. Selalunya, aku lah yang akan mencadang untuk pergi "pancing" tetapi malam itu aku tidak terdaya untuk membuat apa-apa langsung. Ramai wanita akan melemparkan diri mereka terhadap aku sebalik sahaja aku menjejakkan kaki aku ke dalam sebarang kelab malam. Aku tidak menafikan bahawa aku seorang lelaki yang tampan dan mempunyai personaliti yang ramai wanita suka. Tetapi kadang-kala aku terfikir kembali tentang mengapa wanita-wanita ini senang terpikat dengan aku. Adakah kerana sekadar paras rupa? Ataupun kerana mereka juga hanya memuaskan hawa nafsu mereka? Fikiran itu akan tertanya buat seketika sahaja. Lelaki mana yang tidak suka dengan perhatian istimewa yang dia boleh dapat dari wanita-wanita jelita ini? Dengan adanya wang juga, senanglah untuk aku mempunyakan bidadari-bidadari ini. Perhubungan aku dengan sebarang wanita yang aku kenali tidak pernah kekal. Perhubungan yang paling lama aku pernah mengalami berakhir dalam dua bulan sahaja. Aku tidak pernah rasa kecewa atau berdukacita seperti perasaan-perasaan yang akan menyelebungi hati selepas sebuah perpisahan. Peliknya, aku rasa lebih gembira dan bebas setelah "teman wanitaku" mengambil keputusan untuk meninggalkan aku. Seperti apa yang kawanku mengatakan kepada aku, aku telah menghancurkan lebih banyak hati daripada hatiku dihancurkan. Tiap-tiap malam hari Sabtu, kawan-kawanku dan aku akan ke kelab-kelab malam yang berlainan dengan tujuan untuk mengenali lebih ramai wanita dan meluaskan pergaulan kami. Kami telah digelarkan lelaki "casonava" oleh rakan sekerja wanita kami di pejabat. Terdapat khabar angin bahawa hampir semua rakan sekerja wanita di pejabat membencikan aku. Apa yang mahu aku endahkan? Mereka bukannya secantik atau semenarik seperti wanita-wanita yang aku kenali pada setiap malam Sabtu. Ah, mereka sememangnya cemburu kerana tidak mendapat apa-apa perhatian dari aku. Seperti biasa, aku akan membeli minuman keras setiap kali aku pergi ke kelab malam. Sudah lama aku meletakkan agamaku ke tepi. Aku tidak kira dengan apa yang aku minum atau makan sama ada halal atau haram. Hidup di dunia ini hanya buat sementara sahaja, berseronoklah! Lagu yang berdentam-dentum bertemakan hip-hop menghebatkan lagi suasana di situ. Mataku memandang ke kiri dan kanan untuk mencari seorang wanita yang sudi berkenalan dengan aku buat malam itu. "Eh, Bob. Tengok tu..." Alex mengangguk-anggukkan ke arah seorang wanita yang sedang minum keseorangan. Aku pun mengalihkan pandanganku kepadanya. Rambutnya yang panjang diikat secara longgar, meninggalkan beberapa helai rambut tergantung. Dia memakai baju tidak berlengan dengan hanya tali-tali sahaja yang menutup belakangnya. Skirt yang pendek menonjolkan kakinya yang begitu lampai. Walaupun air mukanya kelihatan marah dan sedih, kejelitaannya menarik perhatianku. Dia meneguk Martini dari gelasnya dengan cepat. Ikan ini, senang aku pancing. Aku terus bangun dan menghampirinya. "Eh, Bob. Tak kasi aku peluang langsung, seh!" Aku menoleh dan tersengeh lalu melambai-lambaikan tanganku menandakan yang dia akan dapat peluangnya dengan ikan-ikan yang lain nanti. Mereka semua bersorak tertawa. "Hi, drinking alone? Mind if I join you?" Buat yang seratus kali, aku bangun dari tidurku dengan seorang lagi wanita di sebelahku. Aku tidak berasa kaku dengan adanya orang baru di sisiku. Padaku, ini hanyalah perkara biasa. Kadang-kala kita akan menghubungi antara satu sama yang lain setelah bermalam bersama. Ada kalanya pula aku tidak sempat untuk meminta nombor telefon mereka. Aku mengaku bahawa aku melakukan kerja-kerja bodoh seperti ini tanpa berfikir dua kali. Hawa nafsu lebih kuat daripada iman, dan imanku sudah hilang entah ke mana. Pada suatu ketika, aku berasa serba salah dan mempunyai perasaan yang tidak dapat aku bahasakan. Dengan secara tiba-tiba aku mahu bertaubat. Akan tetapi aku meletak tepi perasaan itu dengan berminum sepuas hatiku. Sudah dua minggu aku tidak ke kelab malam dengan mereka kerana rasa tidak sedap badan. Aku berpendapat bahawa rasa lesu ini diakibatkan oleh tekanan yang aku hadapi di pejabat dengan adanya projek baru yang hendak dilancarkan oleh syarikatku. Aku sedang menaip SMS kepada kawan aku itu apabila aku terdengar ketukan pintu rumahku. Siapa yang datang ke rumahku pada larut malam seperti ini? Aku tidak mengendahkan denyutan di kepalaku lalu bergegas untuk menjawab pintu. "Is this the house of Mr. Hadri?" seorang lelaki berkemeja biru menanyaku sebalik sahaja aku membuka pintu. Ada seorang lagi yang juga berkemeja biru berdiri sebelah penyoalku. "Yes, is anything the matter?" "We suspect you of engaging in pre-marital sex with an underaged girl. Can you please follow us to the station for further investigation? Aku bingung. Sejak bila...? Aku terlalu pening untuk memikirkan apa-apa lagi. Aku menukar pakaianku dan mengikut dua pegawai itu ke balai polis tanpa bertanyakan apa-apa soalan. Aku ternampak seorang perempuan yang sedang duduk dengan dua orang yang lebih tua. Dia sedang menangis teresak-esak dan perempuan yang lebih tua itu memeluknya. Aku menghampiri mereka dengan kedua-dua pegawai di sisiku. Saat itulah baru aku teringat kembali perempuan itu! Aku terhenti bernafas apabila aku menatap wajahnya. Lidah aku kelu tidak boleh mengata apa-apa. "Adakah jantan ini yang tidur dengan kau?" bapa perempuan itu menanya anaknya. Dia masih lagi menangis dan tidak sekali pun memandangku. "Lihat muka dia! Dia atau bukan?!" Bapanya meninggikan suaranya apabila dia tidak menjawab. Dia mengalihkan pandangannya terhadap aku buat sesaat sahaja dan lekas-lekas menganggukkan kepalanya sekali. Itulah pertama kali yang aku sedar betapa mudanya kelihatan budak itu. Dia hanya berumur lima belas tahun. Sepanjang masa aku di balai itu, aku tidak berhenti batuk. Aku tidak tahu sama ada batuk kerana terperanjat ataupun memang aku tidak boleh mengawalnya. Aku terpaksa ditahan kerana telah melakukan jenayah. Aku tahu betapa beratnya hukuman aku dengan jenayah tersebut. Apa yang aku boleh katakan tidak berguna, walaupun budak itu rela pada malam itu. Pegawai itu memanggil seorang doktor untuk memeriksa aku dengan rapi kerana batu aku semakin teruk dan tidak terhenti. Aku diperiksa pada malam itu juga. Dua hari kemudian, pegawai yang sama mencari aku dan membawa berita. Dia memberitahu aku bahawa aku telah dijangkiti AIDS. Aku tahu, hukuman bagi bersetubuh dengan seorang bawah umur amat berat sekali. Tidak terlintas di fikiran aku bahawa ini akan terjadi suatu hari. Tidak pernah aku bayangkan bahawa hukuman aku dapat sebegini hebat. Hukuman yang akan aku terima dari mahkamah hanya buat sementara walaupun ia akan makan beberapa tahun. Tetapi hukuman ini akan bersamaku buat seumur hidup hinggalah ke mati. Air mata berlinang di pipi dan aku pejamkan mataku. "Ya'Allah ya tuhanku, ampunilah dosa hambamu ini..." Namun aku tahu aku sudah terlambat. Labels: word diarrhoea |